#StayHappening
Sat Sep 19 2026 at 09:30 am to 01:30 pm UTC+08:00

Perancangan Kewangan Jitu (dengan konsep W.E.A.L.T.H)

  • 150 Beach Rd, #12-01/08 Gateway West, Singapore 189720 · Singapore
  • From SGD 10.00
Aman Amanah Advisory Group (FAiWA) Publisher / Host Aman Amanah Advisory Group (FAiWA)
Share
Perancangan Kewangan Jitu (dengan konsep W.E.A.L.T.H)
Advertisement
Bagaimana boleh kita tingkatkan simpanan melalui penyelesaian patuh syariah penuh barokah
About this Event

Kepentingan Pengurusan Kewangan!

Ilmu pengurusan kewangan bukan sekadar tentang cara menyimpan, tetapi tentang cara mengurus gaya hidup dan melindungi aset anda. Tanpa perancangan yang betul, keuntungan yang sepatutnya menjadi "batu loncatan" untuk kesenangan jangka panjang boleh bertukar menjadi bebanan di kemudian hari.

Tingkatkan Simpanan Melalui Penyelesaian Patuh Syariah!

Jangan biarkan wang anda sekadar "tidur" di dalam bank. Untuk masyarakat Islam, kita mempunyai pilihan untuk mengembangkan kekayaan dengan cara yang barokah dan diredhaiNya melalui pelbagai instrumen pelaburan Patuh Syariah.


Antara kelebihan memilih solusi patuh syariah:

Tanpa Riba: Mengelakkan sistem faedah yang tidak adil.

Pelaburan Etika: Melabur dalam sektor yang bermanfaat dan tidak memudaratkan masyarakat.

Pertumbuhan yang Barokah: Berusaha membina kekayaan dengan redho Ilahi dunia dan akhirat.

Urus wang anda hari ini, sebelum terkilan di kemudian hari!


Antara perkara-perkara yang sering terjadi dan menjadi tandatanya di dalam masyarakat melayu Islam kita;


Ke Mana Perginya Keuntungan Jualan Flat HDB saya ?

Pernahkah anda terfikir, setelah menerima keuntungan tunai sebanyak $50,000 atau $100,000 daripada hasil jualan flat HDB anda, adakah anda berjaya mengekalkan dan mengembangkan jumlah tersebut? Atau adakah wang tersebut hangus begitu sahaja disebabkan penggunaan yang tidak terancang serta ketiadaan perancangan kewangan yang rapi?

Ramai di antara kita yang teruja apabila melihat baki akaun bank bertambah secara mendadak, namun tanpa sedar, wang tersebut susut sedikit demi sedikit sehingga akhirnya tiada apa yang berbaki untuk masa hadapan.


Bilakah (Dan bolehkah) Akaun Simpanan Saya akan menjejaki 5 atau 6 Digit?

Atau anda sudah saban tahun cuba mengadakan aliran tunai yang positif namun masih tidak berjaya?

Anda telah mencuba pelbagai nasihat untuk membina wang simpanan namun masih terkilan kerana masih lagi "kering" terutamanya pada hujung bulan?


Ikuti kelas "Perancangan Kewangan Jitu melalui Konsep W.E.A.L.T.H"

Pertama kali diadakan dalam Bahasa Melayu!

Ayuh, daftar sekarang! Tempat terhad!


Tempat solat dan Makan tengahari akan disediakan

Advertisement

Event venue & nearby stays

150 Beach Rd, #12-01/08 Gateway West, Singapore 189720, 150 Beach Road, Singapore, Singapore

Tickets SGD 10.00 to SGD 15.00
Concerts, fests, parties, meetups — all the happenings, one place.

Discover more events by tag

Ask AI if this event suits you

Keep the plans coming

More events in Singapore

Singapore is happening.

See everything else that’s on — concerts, markets, comedy and more.