Advertisement
LARIAN NEON 3.0 LARIAN NEON 3.0 kini kembali sempena KARNIVAL KONVOKESYEN ke-53 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA , membawa pengalaman larian malam sejauh 5KM dan 3KM mengelilingi kampus UKM bermula di Dataran Panggung Seni. Dengan konsep warna neon dan suasana malam yang bercahaya, larian ini menawarkan gabungan keseronokan, gaya dan semangat komuniti. Peserta akan disajikan dengan suasana penuh energi, muzik dan aktiviti santai di sepanjang laluan. Sebagai penutup, acara ini akan dimeriahkan dengan persembahan artis tanah air, menjadikan LARIAN NEON 3.0 bukan sekadar larian malah satu malam untuk diraikan bersama.
#karnivalkonvo53 #legasirentakmadani
1. Mewujudkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa UKM melalui penyertaan dalam aktiviti berimpak tinggi yang menyeronokkan dan sihat.
2. Membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kampus serta masyarakat setempat melalui aktiviti riadah berkonsepkan hiburan dan kecergasan.
3. Menyemarakkan sambutan Karnival Konvokesyen UKM dengan menarik penyertaan pelajar, alumni dan masyarakat, sekaligus memupuk semangat kekitaan terhadap universiti.
Advertisement
Event Venue
Panggung Seni UKM Bangi, Kajang, Malaysia
Tickets
Concerts, fests, parties, meetups - all the happenings, one place.