Both Sides, Now : Mengukir Harapan mempersembahkan Kata-Kata Kita

Fri Nov 05 2021 at 07:30 pm to Sun Nov 07 2021 at 10:00 pm

Aliwal Arts Centre, Multi-Purpose Hall | Singapore

Drama Box  &  ArtsWok Collaborative
Publisher/HostDrama Box & ArtsWok Collaborative
Both Sides, Now : Mengukir Harapan mempersembahkan  Kata-Kata Kita
Advertisement
Both Sides, Now: Mengukir Harapan dengan bangganya mempersembahkan Kata-Kata Kita, sebuah rancangan sesuai untuk semua peringkat umur!
About this Event

Personaliti popular Hatta Said dan Gloria Tan mengacara rancangan ini sambil mengupas topik yang akan diketengahkan termasuk Pantang, Radio Dukacita dan persembahan teater khas Sukar (Melepaskan), sebuah kisah keluarga yang diceritakan sepanjang 3 hari berlainan. Selain berhibur, penonton juga dapat pelajari tentang topik menjelang akhir hayat seperti Perancangan Penjagaan Awal, hukum Faraidh, pengurusan wasiat dan mengatasi perasaan hiba dan kehilangan. Sebuah sesi perbincangan bersama panel pakar dari pelbagai bidang akan diadakan di penghujung rancangan. Penyanyi jemputan Khairul Afwan akan turut menghiburkan dengan persembahan secara langsung.

Persembahan ini dalam dwibahasa Inggeris dan Melayu.

Perhatian:

a) Semua penonton harus divaksinasi (bukti vaksinasi akan diminta sebelum dibernarkan masuk)

b) Tiket terhad, yang dahulu, didahulukan. Kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan kehadiran anda.

c) Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, lungsuri www.bothsidesnow.sg

d) Jika ada sebarang pertanyaan, sila e-mel [email protected]

——

Both Sides, Now: Mengukir Harapan ialah sebuah projek penglibatan masyarakat yang mengetengahkan isu-isu akhir hayat. Ia dipersembahkan oleh Drama Box dan ArtsWok Collaborative.

Kematian itu lumrah hidup yang pasti. Malangnya tidak ramai di antara kita yang rela membicarakannya secara terbuka. Apakah hak kita selagi nafas dikandung badan? Dapatkah kita merancang perjalanan pulang tanpa hilang maruah diri? Adakah orang-orang yang terdekat dan tersayang redha menerima keputusan muktamad, seberapa pahit pun, yang kita ambil di saat-saat akhir?

Kematian tidak mengenal usia. Bila tiba masanya, dapatkah mereka yang masih ada mengharungi kehidupan ini dengan harapan yang baharu?

Advertisement

Event Venue & Nearby Stays

Aliwal Arts Centre, Multi-Purpose Hall, 28 Aliwal Street, Singapore, Singapore

Tickets

SGD 0.00

Sharing is Caring: