Jom Bercerita!

Sat Mar 06 2021 at 09:30 am to 12:30 pm

Singapore Book Council | Singapore

Singapore Book Council
Publisher/HostSingapore Book Council
Jom Bercerita!
Advertisement
Ingin bercerita dalam Bahasa Melayu tapi tidak tahu bagaimana untuk mula? Mari ikuti bengkel pengenalan oleh Jumaini Ariff @ Nek Selampit; pencerita profesional Singapura dan mulakan pengembaraan anda sebagai seorang pencerita.
Dalam bengkel ini, para peserta akan diperkenalkan kepada teknik-teknik penceritaan, cara-cara untuk menghayati jalan cerita dan watak dan pendekatan untuk membuat penceritaan menarik perhatian. Para peserta juga dan akan dibimbing untuk menyampaikan sebuah cerita rakyat yang ringkas pilihan sendiri dan dapat mereka prop untuk digunakan dalam sesi bercerita masing-masing. Bengkel pengenalan ini sesuai untuk peserta yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perceritaan.
Bengkel ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan akan diadakan di Majlis Buku Singapura.
Jumaini Ariff ialah seorang pencerita profesional di bawah naungan Persatuan Penceritaan Singapura (SAS) dan juga penulis buku cerita kanak-kanak seperti Siri Ariff Ingin Tahu dan lain-lain lagi. Beliau dikenali menerusi watak unik; Nek Selampit dan kerap terlibat dalam kempen-kempen bahasa dan budaya di peringkat nasional serta festival-festival penceritaan tempatan. Nek Selampit juga telah mewakili Singapura di arena penceritaan antarabangsa.
Nek Selampit seorang pencerita yang bertenaga dan sentiasa mencuit hati penonton dari segenap lapisan umur melalui cerita-cerita rakyat Asia, hikayat dan legenda dalam Bahasa Melayu.
Advertisement

Event Venue & Nearby Stays

Singapore Book Council, 90 Goodman Road, Singapore, Singapore 439053

Tickets

SGD 62.49

Sharing is Caring: