Advertisement
SESI DIALOG USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG BERSAMA MAJLIS PEMBANGUNAN BUMIPUTERA PULAU PINANG..(GERAN.PINJAMAN. BANTUAN. KHIDMAT NASIHAT)
Sesi Dialog Usahawan Bumiputera Pulau Pinang Bersama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
�Tarikh : 28 Mac 2021 (Ahad)�Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari �Tempat : Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Majlis Pembangnan Bumiputera Pulau Pinang kini kembali menganjurkan Sesi Dialog Usahawan Bumiputera Pulau Pinang . Sesi dialog ini bertujuan untuk mengukuhkan networking antara Agensi Kerajaan dengan usahawan. Sesi dialog ini akan memberikan lebih peluang dan ruang bagi mendapatkan maklum balas dan menjana idea daripada usahawan, persatuan/pertubuhan dan dewan perniagaan , terutamanya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan usahawan bumiputera Pulau Pinang.
Inilah peluang anda untuk berkongsi idea dan pandangan bersama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Agensi-agensi Kerajaan khususnya yang terlibat secara langsung dengan pembangunan usahawan bumiputera Pulau Pinang. Agensi-agensi seperti MARA, PERDA, SME Corp, TEKUN, PUNB, FAMA, MATRADE, MIDA, MIDF, NCIA, PDC, MPC, SKM dan banyak lagi akan turut serta bagi memberi penerangan, penjelasan dan tawaran-tawaran hebat seperti GERAN, GERAN SEPARA, PINJAMAN, BANTUAN, LATIHAN dan maklumat PREMIS.
Majlis akan dihadiri dan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Shahbudin Bin Yahaya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
Turut serta bersama dalam program ini bagi memberi pandangan serta maklumbalas dari para usahawan ialah:
i. YB Dr Afif Bin Bahardin (ADUN Seberang Jaya) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Ekonomi, Industri Bumiputera dan Sumber Baru;
ii. YB Tuan Zolkifly Bin Md Lazim (ADUN Teluk Bahang) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Keusahawanan, Ekuiti dan Kopera si; dan
iii. YB Tuan Zulkifli Bin Ibrahim (ADUN Sungai Acheh) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pe mbangunan Pertanian dan Industri Pengeluaran Makanan dan Keselamatan Rangkaian Makanan
PENDAFTARAN ADALAH BERKONSEPKAN FIRST-COME-FIRST-SERVE BASIS .
� �KEHADIRAN USAHAWAN DI HOTEL THE LIGHT ADALAH TERHAD KEPADA 250 ORANG TERAWAL SAHAJA. � �
Bagi Pendaftaran Peserta Yang Ke-251 Dan Ke Atas , Anda Akan Dimaklumkan Melalui Email Dan Akan Diberikan Link Untuk Menyertai Program Ini Secara Atas Talian (Online).
*PENDAFTARAN DIBUKA MULAI SEKARANG SEHINGGA 26 MAC 2021 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAH HARI*
Sebarang pertanyaan pihak tuan /puan boleh terus menghubungi :
En. Norhisham / Pn. Shakila : 04- 04-228 9814/ 019-598 9814 atau ([email protected] / [email protected])
FOLLOW & LIKE media sosial Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
FACEBOOK : https://www.facebook.com/majlisbumiputera
TELEGRAM : https://t.me/majlisbumiputera
Advertisement
Event Venue & Nearby Stays
The Light Hotel Penang, Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Penang, 13700 George Town, Penang, Malaysia, George Town
Tickets
USD 0